Thursday 7 May 2015

Gastrik datang lagi!!!!

Kisah Gastrik.....

Sebut je gastrik mmg dah sinonim dengan diri aku ni, tapi rasenye  sejak amalkan ESP shaklee gastrik aku dah hilang, tapi bila tengah mengandung ni datang balik pulak gastrik kesayangan ni...beza gastrik waktu mengandung dengan sebelum mengandung ialah kalau dulu before ngandung rasa pedih ulu ati je tapi sekarang time ngandung sakit kat tekak,dada n rase macam tecekik bile nk mkn, mungkin esofagus dah injured kot...Semakin hari semakin rancak pulak sakit gastrik ni...
Bila mkn pun dah rase nk keluar balik alamatnya terpaksa la jumpa doktor...

Kami ke klinik Dr Raofah, silibin... kami datang awal pagi ingatkan orang tak ramai, rupa2nya tersangat la ramai..untuk pengetahuan klinik dr Raofah ni adalah klinik pakar sakit puan, jadi mmg penuh la klinik tu dengan ibu mengandung and kanak-kanak.. lepas ambil no kami terus pergi sarapan dulu...then bila selesai sarapan tgk no giliran ada la lagi 2 orang patient sebelum nombor aku..ok la x rase lama sangat...tp waktu menunggu rase macam dah x tahan sngat...terus keluar balik roti canai yang aku telah tadi...seksanya la hai...daripada dada sampai ke tekak rase burning....mungkin asid dah naek ke esofagus...hmmm masuk jumpa doktor apalagi doktor bagi ubat gastrik kapur..then aku mkn terus ubat kapur tu...naseb baik yang ni sedap rase sirap sket sebenarnye x kisah pon sedap ke x..ehehhe selalu hospital bg yang xde perasa...nk muntah rase...tapi mujarab la ubat tu..on da way balik terus ilang  rase burning kat dada dan sedar2 en yayang kejut dah sampai umah...


Tapi persoalannya disini kenapa gastrik boleh berlaku pada ibu mengandung?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad Punca sebenar gastrik bagi wanita mengandung adalah kerana hormon badan  yang berubah menyebabkan Lower Esophageal Sphincter (LES) menjadi lembut atau longgar lalu mengakibatkan kebocoran ketika makanan sedang diproses.Untuk makluman LES adalah ditugaskan untuk menghalang makanan yang diproses dari masuk semula ke dalam esophagus.
Selain tu akibat dari tumbesaran baby dalam perut juga merupakan satu faktor perut tidak dapat menjalankan proses penghadaman dengan baik.


Oleh yang demikian berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan sakit uluhati ketika hamil.

1. Menjaga pemakanan harian - elakkan dari mengambil makanan yang berempah, minyak, minuman yang terlalu panas,kopi dan arak.Makan sedikit-sedikit tetapi kerap dan elak dari makan sekaligus dalam kuantiti yang banyak.

2. Elak dari asap rokok- macam yang kita tahu kaau x mengandungpun asaprokok tetap merbahaya pada semua orang.

3. Sebelum tidur -  pastikan jarak masa makan dan minum adalah 3 jam sebelum tidur. Kepala hendaklah ditinggikan dengan menggunakan bantal yang tebal.


Yang 2 kat atas tu bolehlah aku ikot, tapi yang  no 3 ni agak sukar...ihihihihi yela sejak ngandung ni asik makan aje..dah makan tu mata berat je..kadang2 sharp lepas makan memang boleh terlelap...bangun2 tidur memang rase tebakar la dada tu...hmmmmm...

Selalunya bila jadi banda macam ni aku ambil inisiatif laen selain dari makan ubat yang dibekalkan oleh doktor...jawapannya bancuh ESP kesayangan la...hihihihi aku kan pemiat tegar ESP Shaklee....



Meh nak cerita sket pasal ESP ni, selain untuk gastrik, ada banyak lagi kelebihan yang ada pada ESP Shaklee ni yang dalam tidak sedar ianya telah memberi banyak kebaikan pada badan kita...

1.Ianya dilengkapi dengan unsur kalsium bagi mengelakkan kerapuhan tulang kerana ianya bersifat 
   keasidan.

2. Dihasilkan daripada soya non-GMO iaitu selamat dari risiko toksin.

3. Mempunyai protein yang lengkap iaitu  mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi 
    badan.

4. yang paling penting rendah lemak dan tanpa kolesterol

5. Ianya juga diproses menggunakan air dan bukannya alkohol untuk memelihara kandungan 
    isoflavone.

6. Protein soya yang mudah dihadam berbanding protein haiwan.

7. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.

8. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal,merangsang regenrasi kulit & otot, 
    mengurangkan kedutan,mempercepatkan pemulihan luka serta memudarkan parut.

9. Mengandungi isoflavone yang membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai 
    antioksidan, menguatkan sistem imun tubuh,mempertingkatkan tahap kolesterol baik,memelihara 
    kesihatan jantung dan banyak lagi.

10. Membentuk sel sel baru kerana kaya dengan portein yang berkualiti.Sel yang sihat lebih mudah 
      menyerap zat dan vitamin.

Sambil menulis tentang kebaikan ESP ni bertambah terliur pulak.....hmmmm teringat2 bau soya ESP...ape lagi ke dapur la membancuh......




Tadaaa!!!!!! dah nak abes dah huhuuhu...kena order lagi ni...kegilaan yang melampau pada mu ESP...

Wednesday 29 April 2015

Cerita malam lagi....



Malam semlm sedang enak aku tido tiba2 je ari2 diserang cramp...masya Allah mmg sakit...Terjerit2 la aku sensorang dalam bilik...almaklumlah en yayang xde...nasib baek kejap je crampnye...tapi pelik kan boleh cramp kat situ...sebelum ni pon jadi jugak tp naseb baek en yayang ade so boleh la bemanja-manjaan, dah hilang sakit pon masih ckp sakit kat en yayang..hihihihih....

Esoknye aku try la tanye pakcik google...cari punya cari xde pon yang bincangkan pasal cramp kat ari-ari yang ada adalah cramp perut....aku pon mulakan siasatan...menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai cramp perut ni adalah normal selagi xde tanda-tanda lain yang membimbangkan contohnya something pelik yang keluar dari vagina....hmmm ok stakat ni x membimbangkan aku...tp kenapa ya aku je cramp kat situ...aku cuba juga tanya kawan-kawan yang berpengalaman, kata mereka cramp boleh jadi kat mana-mana bahagian tubuh yang ade muscle...hmmmm bila pikir logik jugak... so aku pon buat la research untuk elakkan berlakunye lagi perkara tidak diigini ini.

Menurut pakcik google untuk redakan cramp ada banyak cara antaranya ialah:

Cuba rehatkan diri contoh duduk. (dah sakit pon datang mengejut mmg daripada baring terus duduk la aku..)
Bila lega cuba baring kembali dan angkat kaki ( ha yang ni mak aku ade cakap tadi...)
Jika mandi hedaklah mandi dengan air suam
Tuam bahagian yang cramp tadi dengan air suam yang diletakkan di dalam botol. (Tungku boleh ke?)

dan yang paling penting.....jangan skip mkn kalsium.....haaa tu la padahnye malas nk makan supplementkan..slalu skip...huhuhuhuh bila dah sakit sorang2 baru tersedar dari lamunan...so sejak dari malam tadi aku dah nekad xnak skip ostematrik, sebelum tido aku bedal 4 biji ostematrik dan tido.





Sweet 32 weeks katenye....


Semenjak masuk trimester ketiga ni baby dalam perut ni kerap mengeras...terutama waktu malam...hmmmm maka tidur pun mmg dapat 2 jam je waktu malam....macam-macam simptom keluar masa ni antaranya ialah :

a. Lenguh dibahagian leher
b. Sakit dibahagian bahu dan belakang
c. Urat dibahagian belakang terasa macam  terseliuh.....aucchhhh  mmg sakit.
d. Badan terasa semakin lemah.
e. mata menjadi seperti panda (kesan x tidur)
f. yang penting gastrik yang dah hilang sebelum preggy muncul kembali....huhuhuh...

bila banyak persoalan muncul dalam diri ni , mulalah menggoogle...hasilnya dapat la pencerahan sedikit sebanyak...


Mengikut kajian kecil yang aku buat, kejadian perut mengerasni adalah dinamakan Braxton Hicks ataupun kontraksi palsu... hah??? apa tu?

Braxton hicks ni terjadi disebabkan otot rahim menegang dan mengendur, sebab ia berlaku sedemikian wallahualam, ada yang berpendapat ianya semulajadi untuk melatih otot sebelum proses kelahiran sebenar....ada juga yang berpendapat proses ni berlaku kerana bayi sedang mengubah posisi kepalanye kebawah..tapi untuk aku yang first time ever preggy ni, mcam mana nak beza kontraksi palsu atau pun benar? hmmmmmm


Pernah juga aku tanya pada dokter nurse dan kawan-kawan yang dah ade pengalaman tapi  jawapan yang diterima x memuaskan ati, still x dapat nk beza.... so aku pon google lagi....kate pakcik google mmg ade beza...


Braxton Hicks
 - 1 atau 2 kali dalam sejam dan beberapa kali dalam sehari (Aku kena waktu malam sahaja)
 - sakit kontraksi ini tidaklama biasanya kurang dari 1 minit.(Yeke? rase  mcm sepanjang malam je
    sakit.)
- tidak beritma dan tidak teratur.(Hah?? asal malam je sakit, asal malam je sakit.)

Kontraksi sebenar
- Sakit yang berdurasi panjang (alamak!!!)
- lebih teratur.
- kerap
- terlalu sakit
-lebih panjang dan berkala, lebih kerap dan lebih sakit mingkin 10minit ke 20 minit...hmmmm nasib  belum lagi rase cam ni..fuhhhh....


Susahkan nk beza, hmmm kena banyak bertanya pada yang berpengalaman tanpa jemu...ehehehe....tp rasa-rasanya boleh kot bezakan antara yang kontraksi benar atau yang palsu...




Monday 27 April 2015

Backpackers.....

Dap....Dip...Dup....

.


 


















Masa dan tika untuk berhoneymoon dah sampai...sepatutnye happy je .tapi macam-macam perasaan ade dalam dada ni, suka ade, debar ade nyesal beli tiket pon ade almaklumla kecelakaan berkaitan dengan kapal terbang mmg tgh in waktu ni...Perjalanan kami bermula dari airport Senai ke KLIA2...








Kami sampai awal di KLIA2, sengaja pilih tiket awal sebab boleh rilek-rilek sambil cuci mata kat airport baru..hihihihi....KLIA2 mmg besar dan kami manfaatkan masa menunggu flight ke Busan tanpa rasa bosan..hahha mmg la dah macam shopping complex mane nak jemu menunggu, dari sebuah kedai ke sebuah kedai kami menapak...hehehehh acara feveret tu....





Comelkan adik ni....adik ni dari Indonesia travel berdua je dengan ibu dia....ayah dia kerja kat korea dah 6 bulan x jumpa ayah dia katenye...kesian kan....mula-mula nampak 2 beranak ni dari jauh terkejar-kejar macam nak ikut kami jalan.... then bila sampai dekat kami mak dia perkenalkan diri, lega katenye sbb dapat jln dengan kami....kesiankan...




Tadaaa!!!! Gimhae Airport .....first time tgk.....hmmmm ni ke airport derang......hmmmm lantak la janji selamat sampai....






Perjalanan diteruskan dengan menaiki tren....masuk je dalam tren ade sorang pakcik ni tegur 'Apa Khabar? ' waaaaaa tekejut x??? mstilah tekejut....pandai die ckp melayu....rupa-rupanya pakcik ni pernah join program anak angkat, salah sorang anak angkat die student malaysia.....dari situ la dia belajar bahasa melayu...patut la dari aku masuk tren dia tgk atas bawah mungkin sbb dressing ala-ala student melayu...





 Keluar dari subway...misi mencari hotel yang kami book sebelum ni.....huhuhu nak tecabut kaki pusing satu pekan....agak mencabar jugak lokasi hotel tu.....sebelum tu nampak x makcik kat belakang tu buat ape...kalau nk tau dia la yang cuci lumut-lumut kat batu-batu sepanjang jalan ni....patut la bersih je pekan ni....lumut siket pon xde habis semua makcik ni sental..



Sampai hotel kami rehat kejap mandi dan bua ape yang patut...then kitorang kelua tgk2 pekan waktu malam....cari pasa malam tp xjumpa pulak aritu..mungkin sbb penat sangat sampai mata jd rabun....kikiki...so en yayang pon ajak balik tidur...esok sambung....



Pagi-pagi sebelum checkout begamba sepam dua untuk kenangan dalam hotel cute ni....kami sewa sehari je hotel ni sbb xnak stay lama-lama kat satu tempat...mcm rugi je nk ulang alik....so perjalanan ke hadapan diteruskan.....







Ni lah Subway Market Jagalchi.....sepanjang subway ni tersusun macam-acam kedai...apa lagi shopping la....n gambar lagi satu ni dekat atas subway,Jagalchi Market...aku lagi suka jagalchi market..sebab barang2 dia murah2 dan cute-cute...mcm stokin, sarung tangan macam-2 la bnda2 yang cute.




Singgah di Eye Trick Museum...hihihih posing sana posing sini...hebatkan artwork derang...nampak real je...besar jugak museumnye...penat begambar.







Jalan punye jalan sedar-sedar dah gelap....ihihihi gambar yang atas sekali tu adalah China Street...kat sini ade macam-macam butik tapi harga ba rang2 derang sngt murah dan sangat mampu milik...kat sini kami dapat beli kapel sweater, kasut sukan nike, dan beberapa tshirt semuanya dibawah 10000 won.....pecaye x???? sangat berbaloi.... dan 2 lagi gambar dibawah tu adalah Busan Tower dan pemandangan dari atas Busan Tower.






Ondaway balik hotel terpaksa lalu seafood derang....nyum2 semakin lapar bile tgk derang mkn seafood...apekan daya...terpakse mkn makanan instant je..huhuhuhu sabar jela, balik mesia nnt nk bedal puas2 seafood....huhuhu sampai otel tido sambil mimpi mkn seafood...




Esonye kami ke Gimhae Village....cantekkan,..pagi lagi kami dah hiking sampai ke puncak perkampungan ni...kesemua rumah dalam kampung ni dihiasi dengan warna-warna yang menarik...hmmm daripada setinggan terus bertukar jadi perkampungan yang ceria, siap jadi tarikan pelancong lagi...bijak-bijak...






Bergerak ke Haeundae Beach....pelik pulak sebab ramai beno org kat pantai tu...siap stage besar lagi...rupa-rupanya itu minggu election....oooooo patot la...sebelum tu singgah kedai mkn halal...satu2nya kedai halal berhampiran Haeundae Beach tu, sambil tggu order kami buat ape yang patot termasuk tumpang solat...sempat jugak kami borak dgn owner restoran tu pasal Jajangmung...ala mee yang kaler hitam tu..nampak sedap sngt dalam drama korea...tp uncle tu kate x halal walaupun mee tu buat daripada kacang soya..hmmm kempunan aku...xpela balik nanti pegi cari mee kicap la jawapannye...




Last Sebelum balik.....melawat rakan-rakan en yayang di Aquarium Busan....haritu kami balik awal sebab nk prepare ke Seoul malam tu,tiket tren kami beli sebelah malam so sepanjang perjalan boleh tido n xde lah bosan sngt dok dlm tren lame2.





Dalam tren KTX....canggihkan....untuk mengelakkan dari penumpang bosan selain mini cafe karaoke box jugak disediakan...kerusi urut pon ade....hmmmm....mmg x bosan..sebelum tidu kami rayau2 dulu dalam tren...hehehehhe...jam 3.08 am waktu temmpatan kami sampai...sangat la sejuk subuh2 dok kat lua kan....




 Menjelang matahari terbit kami pon bejogging ke pasar pasar berhampiran...mcm2 ada...shawl,topi payung semua nye cute-cute belake...dan mata aku pon naek juling....




Jalan-jalan kat longkang yang jernih...ade ikan yang kita boleh bagi makan kat longkang tu...sangat cantek air die...waktu ni kaki dah melecet sbb salah pakai kasut...then aku tukar pakai selipar untuk redakan kesakitan...sangkaan aku meleset bila sakit kat kaki menjadi2...hmmm moral of the story kalau nk travel mcm backpacker dinasihatkan pakai sport shoes....skang kaki aku dah masuk angin sebab banyak bejalan dan sejuk kena angin.....patot la org tempatan smua pakai sport shoes...hmmmm.....bijak-bijak....malam tu mmg xsenang tido bednyut2 kaki...huhuhuhu...



Bukti warga tempatan lebih suka sport shoes berbanding kasut lain...ni kerana habit derang adalah berjalan dan hiking...so kasut yang sesuai adalah sport shoes...dan kasut yang paling murah adalah sport shoes...aku pon xcited la nk beli sbb harga bawah 10000 won....murah x???so pilih punye pilih pegang punye pegang baru teringat nk tgk material jenis ape... ingatkan nak sambar la 3 4 pasang...bile tgk kulit lapisan dalam kasut baik punya 3 titik segitiga...oh my...kulit ehem ehem...semua jenis kasut yang aku bekenan semua kulit ehem2..patot la murah...sudahnye letak kasut dan kelua dari pasar tu...hmmmmm....xde rezeki....






Percintaan bersambung di Nami Island,..ihihihi...besnye feeling2 kapel mcm citer winter sonata pulak rase.....kitorang sewa basikal sbb dah penat bejalan..pusing nami islan denganbasikal...bes oooo..cantekkan pemandangan kat sini..





Makan di pekan Itaewon...huhuhu snagat lapar ketika  ni...tp kami try set makanan korean...hmmmm x kena la dgn tekak melayu eden....tp dah lapar sental je smpai licin...kat iatewon senang sket cari kedai makanan halal...




Kami bermalam di guesthouse atas bukit...cute je biliknye tapi luas jugak...untuk kesana perlu mendaki naka tangga..huhuhu...badan dah penat...tp sebelum tu kami beli beberapa cnderahati untuk yang tersayang di malaysia.....oooo diingatkan..kalau nk beli cnderahati jgn beli dikedai tp beli kat tepi2 jalan...lagi murah...beza sesuatu barang 30 hongga 40 hengget...hmmm...ape nak buat kami dah beli kat kedai...hahahaharedha je la....





Sebelum balik singgah di masjid Itaewon...  masuk2 masjid terus student malaysia ni datang kat aku, dia kate "muslimat solat kat atas" hehheeheh salah pintu daaa....then bile dah solat aku tgk dia tgh berborak dgn en yayang....student ni tgh sambung master rupenye..sekarang tgh cuti semester and dia keluar lepak2 kat masjid...




Menuggu tren untuk pulang ke malaysia...huhuhu x sabar nk belasah makanan malaysia ni...lapar lapar...kesimpulannya percutian kami ni sngt2 la best, kecuali masuk topik makan dan berinstinjak..huhuhuh sangat menjenkilkan....