Thursday 7 May 2015

Gastrik datang lagi!!!!

Kisah Gastrik.....

Sebut je gastrik mmg dah sinonim dengan diri aku ni, tapi rasenye  sejak amalkan ESP shaklee gastrik aku dah hilang, tapi bila tengah mengandung ni datang balik pulak gastrik kesayangan ni...beza gastrik waktu mengandung dengan sebelum mengandung ialah kalau dulu before ngandung rasa pedih ulu ati je tapi sekarang time ngandung sakit kat tekak,dada n rase macam tecekik bile nk mkn, mungkin esofagus dah injured kot...Semakin hari semakin rancak pulak sakit gastrik ni...
Bila mkn pun dah rase nk keluar balik alamatnya terpaksa la jumpa doktor...

Kami ke klinik Dr Raofah, silibin... kami datang awal pagi ingatkan orang tak ramai, rupa2nya tersangat la ramai..untuk pengetahuan klinik dr Raofah ni adalah klinik pakar sakit puan, jadi mmg penuh la klinik tu dengan ibu mengandung and kanak-kanak.. lepas ambil no kami terus pergi sarapan dulu...then bila selesai sarapan tgk no giliran ada la lagi 2 orang patient sebelum nombor aku..ok la x rase lama sangat...tp waktu menunggu rase macam dah x tahan sngat...terus keluar balik roti canai yang aku telah tadi...seksanya la hai...daripada dada sampai ke tekak rase burning....mungkin asid dah naek ke esofagus...hmmm masuk jumpa doktor apalagi doktor bagi ubat gastrik kapur..then aku mkn terus ubat kapur tu...naseb baik yang ni sedap rase sirap sket sebenarnye x kisah pon sedap ke x..ehehhe selalu hospital bg yang xde perasa...nk muntah rase...tapi mujarab la ubat tu..on da way balik terus ilang  rase burning kat dada dan sedar2 en yayang kejut dah sampai umah...


Tapi persoalannya disini kenapa gastrik boleh berlaku pada ibu mengandung?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad Punca sebenar gastrik bagi wanita mengandung adalah kerana hormon badan  yang berubah menyebabkan Lower Esophageal Sphincter (LES) menjadi lembut atau longgar lalu mengakibatkan kebocoran ketika makanan sedang diproses.Untuk makluman LES adalah ditugaskan untuk menghalang makanan yang diproses dari masuk semula ke dalam esophagus.
Selain tu akibat dari tumbesaran baby dalam perut juga merupakan satu faktor perut tidak dapat menjalankan proses penghadaman dengan baik.


Oleh yang demikian berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan sakit uluhati ketika hamil.

1. Menjaga pemakanan harian - elakkan dari mengambil makanan yang berempah, minyak, minuman yang terlalu panas,kopi dan arak.Makan sedikit-sedikit tetapi kerap dan elak dari makan sekaligus dalam kuantiti yang banyak.

2. Elak dari asap rokok- macam yang kita tahu kaau x mengandungpun asaprokok tetap merbahaya pada semua orang.

3. Sebelum tidur -  pastikan jarak masa makan dan minum adalah 3 jam sebelum tidur. Kepala hendaklah ditinggikan dengan menggunakan bantal yang tebal.


Yang 2 kat atas tu bolehlah aku ikot, tapi yang  no 3 ni agak sukar...ihihihihi yela sejak ngandung ni asik makan aje..dah makan tu mata berat je..kadang2 sharp lepas makan memang boleh terlelap...bangun2 tidur memang rase tebakar la dada tu...hmmmmm...

Selalunya bila jadi banda macam ni aku ambil inisiatif laen selain dari makan ubat yang dibekalkan oleh doktor...jawapannya bancuh ESP kesayangan la...hihihihi aku kan pemiat tegar ESP Shaklee....



Meh nak cerita sket pasal ESP ni, selain untuk gastrik, ada banyak lagi kelebihan yang ada pada ESP Shaklee ni yang dalam tidak sedar ianya telah memberi banyak kebaikan pada badan kita...

1.Ianya dilengkapi dengan unsur kalsium bagi mengelakkan kerapuhan tulang kerana ianya bersifat 
   keasidan.

2. Dihasilkan daripada soya non-GMO iaitu selamat dari risiko toksin.

3. Mempunyai protein yang lengkap iaitu  mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi 
    badan.

4. yang paling penting rendah lemak dan tanpa kolesterol

5. Ianya juga diproses menggunakan air dan bukannya alkohol untuk memelihara kandungan 
    isoflavone.

6. Protein soya yang mudah dihadam berbanding protein haiwan.

7. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.

8. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal,merangsang regenrasi kulit & otot, 
    mengurangkan kedutan,mempercepatkan pemulihan luka serta memudarkan parut.

9. Mengandungi isoflavone yang membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai 
    antioksidan, menguatkan sistem imun tubuh,mempertingkatkan tahap kolesterol baik,memelihara 
    kesihatan jantung dan banyak lagi.

10. Membentuk sel sel baru kerana kaya dengan portein yang berkualiti.Sel yang sihat lebih mudah 
      menyerap zat dan vitamin.

Sambil menulis tentang kebaikan ESP ni bertambah terliur pulak.....hmmmm teringat2 bau soya ESP...ape lagi ke dapur la membancuh......




Tadaaa!!!!!! dah nak abes dah huhuuhu...kena order lagi ni...kegilaan yang melampau pada mu ESP...

No comments:

Post a Comment