Wednesday, 29 April 2015
Sweet 32 weeks katenye....
Semenjak masuk trimester ketiga ni baby dalam perut ni kerap mengeras...terutama waktu malam...hmmmm maka tidur pun mmg dapat 2 jam je waktu malam....macam-macam simptom keluar masa ni antaranya ialah :
a. Lenguh dibahagian leher
b. Sakit dibahagian bahu dan belakang
c. Urat dibahagian belakang terasa macam terseliuh.....aucchhhh mmg sakit.
d. Badan terasa semakin lemah.
e. mata menjadi seperti panda (kesan x tidur)
f. yang penting gastrik yang dah hilang sebelum preggy muncul kembali....huhuhuh...
bila banyak persoalan muncul dalam diri ni , mulalah menggoogle...hasilnya dapat la pencerahan sedikit sebanyak...
Mengikut kajian kecil yang aku buat, kejadian perut mengerasni adalah dinamakan Braxton Hicks ataupun kontraksi palsu... hah??? apa tu?
Braxton hicks ni terjadi disebabkan otot rahim menegang dan mengendur, sebab ia berlaku sedemikian wallahualam, ada yang berpendapat ianya semulajadi untuk melatih otot sebelum proses kelahiran sebenar....ada juga yang berpendapat proses ni berlaku kerana bayi sedang mengubah posisi kepalanye kebawah..tapi untuk aku yang first time ever preggy ni, mcam mana nak beza kontraksi palsu atau pun benar? hmmmmmm
Pernah juga aku tanya pada dokter nurse dan kawan-kawan yang dah ade pengalaman tapi jawapan yang diterima x memuaskan ati, still x dapat nk beza.... so aku pon google lagi....kate pakcik google mmg ade beza...
Braxton Hicks
- 1 atau 2 kali dalam sejam dan beberapa kali dalam sehari (Aku kena waktu malam sahaja)
- sakit kontraksi ini tidaklama biasanya kurang dari 1 minit.(Yeke? rase mcm sepanjang malam je
sakit.)
- tidak beritma dan tidak teratur.(Hah?? asal malam je sakit, asal malam je sakit.)
Kontraksi sebenar
- Sakit yang berdurasi panjang (alamak!!!)
- lebih teratur.
- kerap
- terlalu sakit
-lebih panjang dan berkala, lebih kerap dan lebih sakit mingkin 10minit ke 20 minit...hmmmm nasib belum lagi rase cam ni..fuhhhh....
Susahkan nk beza, hmmm kena banyak bertanya pada yang berpengalaman tanpa jemu...ehehehe....tp rasa-rasanya boleh kot bezakan antara yang kontraksi benar atau yang palsu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment